Modul Pengajaran (HIDUP ATAU BUKAN HIDUP?)

Tajuk          :  HIDUP ATAU BUKAN HIDUP?


Ringkasan  : Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan dengan benda hidup dan benda bukan hidup. Murid-
                      murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.

Kandungan Standard:
Sains Hayat
1.1 Memahami cirri benda hidup dan benda bukan hidup.

Standard pembelajaran:
1.1 .1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh masa: 4 waktu

Sumber: 
1. Kad gambar
2. Kad imbasan – benda hidup, benda bukan hidup.
3. Lembaran Kerja1 - Penilaian
4. Lembaran kerja 2 - Penilaian
5. Lembaran kerja 3 - Pemulihan
6. Lembaran kerja 4 - Pemulihan
7. Lembaran kerja 5 - Pengayaan
8. Lembaran kerja 6 - Pengayaan

Aktiviti:

1. Guru membimbing murid menamakan semua benda di sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan
sedia ada. Aktiviti kajian lapangan (luar bilik darjah) 
1.1 Menama dan menyenaraikan benda-benda yang terdapat di kawasan kajian.
1.2 Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan pemerhatian mereka.

2. Kembali ke bilik darjah
2.1 Guru menampal 2 contoh gambar bagi benda hidup dan 2 contoh gambar benda bukan hidup di dalam ruangan yang disediakan pada papan tulis.(Guru belum memperkenalkan/menyebut benda hidup dan benda bukan hidup)
2.2 Murid menampal hasil lakaran ke dalam ruangan yang disediakan itu. Guru membimbing murid sambil menanya
i. Kenapa saya kumpulkan gambar – gambar ini?
ii. Apakah yang sama dalam gambar ini?
iii. Apakah beza pada gambar ini?
2.3 Murid menerangkan kenapa lakaran mereka ditempatkan di dalam ruangan tersebut.
2.4 Pembetulan/pengelasan semula akan dibuat selepas perbincangan. (Guru membimbing murid mengenal pasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan)

3. Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda bukan hidup dengan menggunakan kad imbasan.
3.1 Murid menampal kad imbasan ke ruangan pengelasan yang telah dibuat.

4. Pengelasan benda hidup dan benda bukan hidup
4.1 Guru membekalkan kotak/sampul yang mengandungi gambar/model kepada kumpulan murid.
4.2 Murid mengelaskan gambar-gambar mengikut kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup.
4.3 Pembentangan hasil kerja kumpulan.

Penilaian: Menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.


Aktiviti Pemulihan: Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran dengan menggunakan teknik yang bersesuaian. Murid menyiapkan lembaran kerja 3 dan 4.

Aktiviti Pengayaan: Murid menyiapkan lembaran kerja 5 dan 6.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Reka Bentuk

Tajuk: BENTUK DI SEKELILINGKU

Ringkasan:
Murid akan didedahkan dengan pelbagai bentuk iaitu, segiempat tepat, segi empat sama, segi tiga,bulatan, sfera, piramid,kubus,kuboid,kon dan silinder.

Standard Kandungan:

Sains Fizikal
5.2 Memahami pengetahuan tentang pelbagai bentuk.

Standard Pembelajaran:
5.2.1 Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat,segi empat sama, segi tiga dan bulatan yang terdapat pada objek di persekitaranmurid..
5.2.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh masa: 4 waktu

Sumber: 
1. Sampul berisi pelbagai bentuk.
2. Model bentuk dan bongkah.
3. Lembaran kerja 1 (Penilaian)
4. Lembaran kerja 2 (Pemulihan).
5. Lembaran kerja 3 (pengayaan)
6. Lampiran 1
7. Lampiran 2
8. Lampiran 3 (basikal beroda segiempat)

Aktiviti:

Aktiviti 1
1. Guru mengedarkan sampul berisi bentuk segiempat tepat, segiempat sama, segi tiga dan bulatan kepada setiap kumpulan.
2. Murid menamakan bentuk-bentuk yang ada mengikut pengetahuan sedia ada.
3. Guru membimbing murid menamakan bentuk.

Aktiviti 2
1. Guru mengedarkan pelbagai bentuk iaitu silinder, kon, piramid, kubus dan kuboid.
2. Murid menamakan bentuk-bentuk yang ada mengikut pengetahuan sedia ada.
3. Guru membimbing murid menamakan bentuk.

Aktiviti 3
1. Guru menayangkan slaid lampiran 5.
2. Guru membincangkan kepentingan bentuk dalam kehidupan.

Penilaian: Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran Kerja 1 dan 2.

Aktiviti pemulihan:
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai.
Murid menyiapkan lembaran kerja 3.

Aktiviti pengayaan: Murid-murid menyiapkan lembaran kerja 4 dan 5

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Timbul Dan Tenggelam

Timbul Dan Tenggelam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menggunakan Semua Deria

Menggunakan Semua Deria

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Telinga Untuk Mendengar

Telinga Untuk Mendengar

TELINGA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kulit Untuk Menyentuh Dan Merasa

Kulit Untuk Menyentuh Dan Merasa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hidung Untuk Menghidu

Hidung Untuk Menghidu


HIDUNG

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lidah Untuk Merasa

Lidah Untuk Merasa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mata Untuk Melihat

Mata untuk melihat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tumbuhan

Tajuk: APA YANG SAYA ADA?

Ringkasan: Murid diperkenalkan kepada jenis-jenis tumbuhan dan bahagian-bahagian tumbuhan.

Standard Kandungan:

SAINS HAYAT
    4.1 Menganalisis tumbuhan dan bahagian tumbuhan.

Standard Pembelajaran:
   4.1.1 Mengenal pasti tumbuhan yang terdapat di sekeliling seperti rumput, paku-pakis, pokok mangga, pokok kelapa, pokok bunga raya, pokok nanas, pokok keembong, pokok bunga ros, pokok orkid dan pokok pisang.
   4.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian tumbuhan iaitu pucuk,daun, bunga, buah, dahan, batang dan akar dengan memerhati tumbuhan sebenar. .
   4.1.3 Membanding dan membezakan bahagian satu tumbuhandengan tumbuhan-tumbuhan yang lain melalui penyiasatan.
   4.1.4 Mengitlakkan bahawa ada tumbuhan yang mempunyai ciri yang sama dan ada ciri yang berbeza.
   4.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh masa: 4 waktu

Sumber: 
   1. Kertas A4 kosong
   2. Lembaran Kerja 1 - Penilaian
   3. Lembaran Kerja 2 - Penilaian
   4. Lembaran kerja 3 - Pengayaan
   5. Nota
   6. Kad perkataan

Aktiviti:

Aktiviti 1
   1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil yang
mengandungi tidak lebih dari 4 orang.
   2. Murid diminta melukis dan menamakan satu tumbuhan yang
mereka kenali yang terdapat di kawasan persekitaran sekolah.
   3. Murid membuat pembentangan mengenai lakaran mereka di
hadapan kelas.

Aktiviti 2
  1. Guru meminta murid melabelkan bahagian-bahagian pokokdengan mengikat kad perkataan pada bahagian-bahagian yang betul.
    2. Guru membimbing murid membaca nama dan bahagian-bahagian tumbuhan yang dipilih. (nota)

Aktiviti 3
   3. Guru meminta murid membanding dan membezakan ciri-ciri fizikal tumbuhan yang telah dilakar oleh murid.
      a) Guru memilih 2 lakaran murid dan tampal di papan tulis.
      b) Guru menyoal murid tentang dua lakaran yang dipamerkan.
      c) Guru menyoal apa yang sama dan berbeza.

Penilaian:
1. Meminta murid mengeja nama tumbuh-tumbuhan yang ditulis di papan tulis.
2. Murid-murid diminta menyiapkan lembaran kerja 1 dan 2.

Aktiviti pemulihan:
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza.

Aktiviti pengayaan: Lembaran Kerja 3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Haiwan

Topik: Siapa saya?



Ringkasan:
Murid akan didedahkan dengan pelbagai jenis haiwan di persekitaran mereka seperti ikan, kucing, burung, kura-kura, arnab, ular, katak, rama-rama, belalang, semut, lembu, ayam, lalat, siput babi

Standard Kandungan:

Sains Hayat
3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.

Standard Pembelajaran:

3.1.1 Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling seperti kucing, ikan, burung, ular, katak, lipas, siput dan rama-rama.
3.1.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh masa: 2 waktu

Sumber: 
1. Sampul surat berisi gambar-gambar haiwan.
2. Model dan kotak hitam
3. Lembaran kerja 1 (Penilaian)
4. Lembaran kerja 2 (Penilaian).
5. Lembaran kerja 3 (Pemulihan)
6. Lembaran kerja 4 (Pengayaan)

Aktiviti:

Aktiviti 1
1. Guru menunjukkan sebuah kotak hitam yang diisi dengan model atau gambar haiwan.
2. Guru meminta murid menyoal beberapa soalan untuk mendapatkan maklumat berkaitan haiwan yang ada di dalam kotak tersebut.
3. Guru membantu murid dengan memberikan jawapan 'ya' atau 'tidak' untuk setiap soalan yang dikemukakan oleh murid.
4. Guru meminta murid meneka haiwan tersebut.
5. Guru menunjukkan haiwan yang ada di dalam kotak hitam tersebut.
6. Guru mengesahkan jawapan murid dengan menunjukkan gambar atau model haiwan tersebut

Aktiviti 2
1. Guru mengedarkan beberapa sampul surat berisi sekurang-kurangnya 2 keping gambar haiwan kepada setiap kumpulan.( Lampiran 1)
2. Guru meminta murid menamakan dan mengeja nama haiwan tersebut secara berkumpulan.
3. Guru meminta kumpulan memperkenalkan haiwan-haiwan tersebut kepada rakan-rakan sekelas yang lain.
4. Guru mengadakan perbincangan dengan murid-murid berkaitan haiwan-haiwan tersebut.

Aktiviti 3
1. Guru meminta murid-murid menyatakan kepentingan haiwan-haiwantersebut. Cth: Apakah yang akan berlaku jika tiada haiwan ini? Cth: Ayam

Pentaksiran: Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran Kerja 1 dan 2

Aktiviti pemulihan:
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai.
Murid menyiapkan lembaran kerja 3.

Aktiviti pengayaan:
Murid-murid menyiapkan lembaran kerja 4 dan 5

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEPERLUAN ASAS MANUSIA

Keperluan Asas Manusia

Manusia memerlukan 4 keperluan asas. Jika kita tidak memiliki keempat-empatnya atau salah satu daripadanya, manusia berkemungkinan besar boleh mati dalam suatu tempoh tertentu.


 
1.     Manusia memerlukan air untuk mengawal suhu badan manusia.
2.    Manusia memerlukan makanan untuk   
-          mendapatkan tenaga
-          membesar
-          kekal sihat
3.    Manusia memerlukan udara untuk bernafas.
4.    Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya (haiwan liar, haiwan berbisa, haiwan buas), dan perubahan cuaca (hujan, panas, ribut, sejuk).



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS