Reka Bentuk

Tajuk: BENTUK DI SEKELILINGKU

Ringkasan:
Murid akan didedahkan dengan pelbagai bentuk iaitu, segiempat tepat, segi empat sama, segi tiga,bulatan, sfera, piramid,kubus,kuboid,kon dan silinder.

Standard Kandungan:

Sains Fizikal
5.2 Memahami pengetahuan tentang pelbagai bentuk.

Standard Pembelajaran:
5.2.1 Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat,segi empat sama, segi tiga dan bulatan yang terdapat pada objek di persekitaranmurid..
5.2.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh masa: 4 waktu

Sumber: 
1. Sampul berisi pelbagai bentuk.
2. Model bentuk dan bongkah.
3. Lembaran kerja 1 (Penilaian)
4. Lembaran kerja 2 (Pemulihan).
5. Lembaran kerja 3 (pengayaan)
6. Lampiran 1
7. Lampiran 2
8. Lampiran 3 (basikal beroda segiempat)

Aktiviti:

Aktiviti 1
1. Guru mengedarkan sampul berisi bentuk segiempat tepat, segiempat sama, segi tiga dan bulatan kepada setiap kumpulan.
2. Murid menamakan bentuk-bentuk yang ada mengikut pengetahuan sedia ada.
3. Guru membimbing murid menamakan bentuk.

Aktiviti 2
1. Guru mengedarkan pelbagai bentuk iaitu silinder, kon, piramid, kubus dan kuboid.
2. Murid menamakan bentuk-bentuk yang ada mengikut pengetahuan sedia ada.
3. Guru membimbing murid menamakan bentuk.

Aktiviti 3
1. Guru menayangkan slaid lampiran 5.
2. Guru membincangkan kepentingan bentuk dalam kehidupan.

Penilaian: Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran Kerja 1 dan 2.

Aktiviti pemulihan:
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai.
Murid menyiapkan lembaran kerja 3.

Aktiviti pengayaan: Murid-murid menyiapkan lembaran kerja 4 dan 5

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment