Haiwan

Topik: Siapa saya?



Ringkasan:
Murid akan didedahkan dengan pelbagai jenis haiwan di persekitaran mereka seperti ikan, kucing, burung, kura-kura, arnab, ular, katak, rama-rama, belalang, semut, lembu, ayam, lalat, siput babi

Standard Kandungan:

Sains Hayat
3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.

Standard Pembelajaran:

3.1.1 Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling seperti kucing, ikan, burung, ular, katak, lipas, siput dan rama-rama.
3.1.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh masa: 2 waktu

Sumber: 
1. Sampul surat berisi gambar-gambar haiwan.
2. Model dan kotak hitam
3. Lembaran kerja 1 (Penilaian)
4. Lembaran kerja 2 (Penilaian).
5. Lembaran kerja 3 (Pemulihan)
6. Lembaran kerja 4 (Pengayaan)

Aktiviti:

Aktiviti 1
1. Guru menunjukkan sebuah kotak hitam yang diisi dengan model atau gambar haiwan.
2. Guru meminta murid menyoal beberapa soalan untuk mendapatkan maklumat berkaitan haiwan yang ada di dalam kotak tersebut.
3. Guru membantu murid dengan memberikan jawapan 'ya' atau 'tidak' untuk setiap soalan yang dikemukakan oleh murid.
4. Guru meminta murid meneka haiwan tersebut.
5. Guru menunjukkan haiwan yang ada di dalam kotak hitam tersebut.
6. Guru mengesahkan jawapan murid dengan menunjukkan gambar atau model haiwan tersebut

Aktiviti 2
1. Guru mengedarkan beberapa sampul surat berisi sekurang-kurangnya 2 keping gambar haiwan kepada setiap kumpulan.( Lampiran 1)
2. Guru meminta murid menamakan dan mengeja nama haiwan tersebut secara berkumpulan.
3. Guru meminta kumpulan memperkenalkan haiwan-haiwan tersebut kepada rakan-rakan sekelas yang lain.
4. Guru mengadakan perbincangan dengan murid-murid berkaitan haiwan-haiwan tersebut.

Aktiviti 3
1. Guru meminta murid-murid menyatakan kepentingan haiwan-haiwantersebut. Cth: Apakah yang akan berlaku jika tiada haiwan ini? Cth: Ayam

Pentaksiran: Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran Kerja 1 dan 2

Aktiviti pemulihan:
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai.
Murid menyiapkan lembaran kerja 3.

Aktiviti pengayaan:
Murid-murid menyiapkan lembaran kerja 4 dan 5

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment