Tumbuhan

Tajuk: APA YANG SAYA ADA?

Ringkasan: Murid diperkenalkan kepada jenis-jenis tumbuhan dan bahagian-bahagian tumbuhan.

Standard Kandungan:

SAINS HAYAT
    4.1 Menganalisis tumbuhan dan bahagian tumbuhan.

Standard Pembelajaran:
   4.1.1 Mengenal pasti tumbuhan yang terdapat di sekeliling seperti rumput, paku-pakis, pokok mangga, pokok kelapa, pokok bunga raya, pokok nanas, pokok keembong, pokok bunga ros, pokok orkid dan pokok pisang.
   4.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian tumbuhan iaitu pucuk,daun, bunga, buah, dahan, batang dan akar dengan memerhati tumbuhan sebenar. .
   4.1.3 Membanding dan membezakan bahagian satu tumbuhandengan tumbuhan-tumbuhan yang lain melalui penyiasatan.
   4.1.4 Mengitlakkan bahawa ada tumbuhan yang mempunyai ciri yang sama dan ada ciri yang berbeza.
   4.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh masa: 4 waktu

Sumber: 
   1. Kertas A4 kosong
   2. Lembaran Kerja 1 - Penilaian
   3. Lembaran Kerja 2 - Penilaian
   4. Lembaran kerja 3 - Pengayaan
   5. Nota
   6. Kad perkataan

Aktiviti:

Aktiviti 1
   1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil yang
mengandungi tidak lebih dari 4 orang.
   2. Murid diminta melukis dan menamakan satu tumbuhan yang
mereka kenali yang terdapat di kawasan persekitaran sekolah.
   3. Murid membuat pembentangan mengenai lakaran mereka di
hadapan kelas.

Aktiviti 2
  1. Guru meminta murid melabelkan bahagian-bahagian pokokdengan mengikat kad perkataan pada bahagian-bahagian yang betul.
    2. Guru membimbing murid membaca nama dan bahagian-bahagian tumbuhan yang dipilih. (nota)

Aktiviti 3
   3. Guru meminta murid membanding dan membezakan ciri-ciri fizikal tumbuhan yang telah dilakar oleh murid.
      a) Guru memilih 2 lakaran murid dan tampal di papan tulis.
      b) Guru menyoal murid tentang dua lakaran yang dipamerkan.
      c) Guru menyoal apa yang sama dan berbeza.

Penilaian:
1. Meminta murid mengeja nama tumbuh-tumbuhan yang ditulis di papan tulis.
2. Murid-murid diminta menyiapkan lembaran kerja 1 dan 2.

Aktiviti pemulihan:
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza.

Aktiviti pengayaan: Lembaran Kerja 3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment