Tajuk : HIDUP ATAU BUKAN HIDUP?
Ringkasan : Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan dengan benda hidup dan benda bukan hidup. Murid-
murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
Kandungan Standard:
Sains Hayat
1.1 Memahami cirri benda hidup dan benda bukan hidup.
Standard pembelajaran:
1.1 .1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh masa: 4 waktu
Sumber:
1. Kad gambar
2. Kad imbasan – benda hidup, benda bukan hidup.
3. Lembaran Kerja1 - Penilaian
4. Lembaran kerja 2 - Penilaian
5. Lembaran kerja 3 - Pemulihan
6. Lembaran kerja 4 - Pemulihan
7. Lembaran kerja 5 - Pengayaan
8. Lembaran kerja 6 - Pengayaan
Aktiviti:
1. Guru membimbing murid menamakan semua benda di sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan
sedia ada. Aktiviti kajian lapangan (luar bilik darjah)
1.1 Menama dan menyenaraikan benda-benda yang terdapat di kawasan kajian.
1.2 Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan pemerhatian mereka.
2. Kembali ke bilik darjah
2.1 Guru menampal 2 contoh gambar bagi benda hidup dan 2 contoh gambar benda bukan hidup di dalam ruangan yang disediakan pada papan tulis.(Guru belum memperkenalkan/menyebut benda hidup dan benda bukan hidup)
2.2 Murid menampal hasil lakaran ke dalam ruangan yang disediakan itu. Guru membimbing murid sambil menanya
i. Kenapa saya kumpulkan gambar – gambar ini?
ii. Apakah yang sama dalam gambar ini?
iii. Apakah beza pada gambar ini?
2.3 Murid menerangkan kenapa lakaran mereka ditempatkan di dalam ruangan tersebut.
2.4 Pembetulan/pengelasan semula akan dibuat selepas perbincangan. (Guru membimbing murid mengenal pasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan)
3. Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda bukan hidup dengan menggunakan kad imbasan.
3.1 Murid menampal kad imbasan ke ruangan pengelasan yang telah dibuat.
4. Pengelasan benda hidup dan benda bukan hidup
4.1 Guru membekalkan kotak/sampul yang mengandungi gambar/model kepada kumpulan murid.
4.2 Murid mengelaskan gambar-gambar mengikut kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup.
4.3 Pembentangan hasil kerja kumpulan.
Penilaian: Menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.
Aktiviti Pemulihan: Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran dengan menggunakan teknik yang bersesuaian. Murid menyiapkan lembaran kerja 3 dan 4.
Aktiviti Pengayaan: Murid menyiapkan lembaran kerja 5 dan 6.